Monday 30 March 2009

Aduan Pengguna: Old Town White Coffee Anti Islam

Aku bru dpt email ni, so kauorg yg gemar melepak kat Old Town White Coffee ni pikirrrr3 lah sendiri : -

Assalammualaikum,

Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee.Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah "KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita. Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu. Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee. Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.Fikir-fikir lah...Salam" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana
"Persatuan Pengguna Islam MalaysiaTel : 03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617
Hotline PPIM : 019-359 1000 *

Wednesday 25 March 2009

Karangan terbaik UPSR 2008.. check it out!!! damn funny..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit"Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Thursday 5 March 2009

Pesan Nabi SAW Sebelum Tidorrrrr.......

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )


Wallahualam...