Wednesday 31 December 2008

Lintas dpn org solat

Melintasi hadapan orang bersolat

DARIPADA Abu Juhaim r.a. Nabi SAW bersabda: “Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
KeteranganAbu Nadhr, salah seorang perawi hadis ini berkata: “Aku tidak mengetahui sama ada Nabi SAW mengatakan: Empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.”
- Haram melintas di depan orang yang sedang solat tanpa penghadang.
Petikan daripada buku 300 Hadis Bimbingan Ke arah mencari reda Allah terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

1 comment:

  1. Harap-harap semua mengambil ikhtibar, yang penting juga ialah sentiasa mengerjakan solat... :)

    Selamat Tahun Baru.....

    ReplyDelete